Dalam video di bawah, anda akan belajar cara untuk hantar WhatsApp notification dari OnPay untuk setiap tempahan yang diterima.
Anda juga boleh setup WhatsApp notification untuk automatik hantar follow-up bagi tempahan yang sudah dibuat tapi masih belum dibayar (ala-ala “abandoned card” notification).
Selain daripada WhatsApp notification, Waform juga boleh digunakan untuk:
- Automatik update dari ke Google Sheet (Rujuk Cara Auto Update Data Jualan Dari OnPay ke Google Sheet)
- Pass data ke autoresponder (Mailer Lite, GetResponse, Mailchimp, ActiveCampaign, etc.)
- Pass data ke sistem WebinarJam atau EverWebinar
- Hantar WhatsApp & SMS notification atau broadcast
- Hantar email follow-up / broadcast (ala-ala email autoresponder, tapi perlu menggunakan SMTP sendiri)
Untuk tutorial di bawah, anda perlu mempunyai akaun Waform dan juga akaun OnPay premium.
Anda boleh daftar akaun Waform percuma di https://waform.my/register.
Selepas mendaftar akaun di Waform, pergi ke tetapan Autonami Connector dan aktifkan “Wabot Connector”.
Tonton video di bawah untuk penerangan penuh tentang cara setup automation OnPay ke Wabot.
Nota Tambahan:
- Langganan Waform.my adalah percuma dengan langganan Wabot selama 6 bulan (RM275 untuk 6 bulan). Boleh ke www.wabot.my untuk info lanjut tentang sistem Wabot.
- Sekiranya hanya ingin menggunakan Waform.my, langganan adalah berharga RM50 sebulan (atau RM120 untuk 3 bulan, atau RM400 setahun).