Cara di bawah adalah untuk pengguna OnPay pakej Lita yang tidak mempunyai fungsi “webhook”. Kalau anda menggunakan OnPay Premium, boleh rujuk tutorial Cara Setup Wabot Dengan OnPay Menggunakan WaForm
Dalam video di bawah, anda akan belajar cara untuk hantar WhatsApp notification dari OnPay untuk setiap tempahan yang diterima, tanpa perlu guna pakej “Premium” yang ada fungsi webhook.
Selain daripada WhatsApp notification, Waform juga boleh digunakan untuk:
- Automatik update dari ke Google Sheet (Rujuk Cara Auto Update Data Jualan Dari OnPay ke Google Sheet)
- Pass data ke autoresponder (Mailer Lite, GetResponse, Mailchimp, ActiveCampaign, etc.)
- Pass data ke sistem WebinarJam atau EverWebinar
- Hantar WhatsApp & SMS notification atau broadcast
- Hantar email follow-up / broadcast (ala-ala email autoresponder, tapi perlu menggunakan SMTP sendiri)
Untuk tutorial di bawah, anda perlu mempunyai akaun Waform dan juga akaun OnPay Lite.
Anda boleh daftar akaun Waform percuma di https://waform.my/register.
Selepas mendaftar akaun di Waform, pergi ke tetapan Autonami Connector dan aktifkan “Wabot Connector”.
Kod Tambahan:
Ini adalah kod yang anda perlu masukkan di bahagian "Kod Tambahan" untuk “Halaman Terima Kasih” dalam borang OnPay anda seperti dalam gambar di bawah.
Masukkan kod di batah, dan gantikan XXX dengan link webhook dari automation dalam Waform.
php<script> var xhr = new XMLHttpRequest(); xhr.open("POST", "XXX",true); xhr.setRequestHeader("Content-Type", "application/json"); xhr.send(JSON.stringify({ nama:"{nama_pelanggan}", tel:"{no_tel_pelanggan}", emel:"{emel_pelanggan}", produk: "{#senarai_produk} {nama_produk} {/senarai_produk}", maklumat_tambahan_produk: "{#senarai_produk} {maklumat_tambahan_produk} {/senarai_produk}", kuantiti: "{jumlah_kuantiti}", jumlah: "{jumlah_harga}", invois: "{nombor_invois}", url_invois: "{url_invois}", url_status: "{url_status}", status_disahkan: "{status_disahkan}" })); </script>
Script ini akan “trigger” setiap kali pembeli dibawa ke halaman terima kasih OnPay.
Nota Tambahan:
- Langganan Waform.my adalah percuma dengan langganan Wabot selama 6 bulan (RM275 untuk 6 bulan). Boleh ke www.wabot.my untuk info lanjut tentang sistem Wabot.
- Sekiranya hanya ingin menggunakan Waform.my, langganan adalah berharga RM50 sebulan (atau RM120 untuk 3 bulan, atau RM400 setahun).